Pages

Sunday, July 31, 2011

Terma Dan Syarat Tasek Homestay

  1. Masa untuk daftar masuk adalah selepas pukul 2.00pm . Manakala masa bagi daftar keluar adalah tepat pukul 12.00pm. Jika daftar keluar melewati 12.01pm pembayaran sebanyak RM50 dikenakan sebagai bayaran surcaj manakala waktu keluar yang melewati pukul 1.00pm pula bayaran penuh penginapan satu malam dikenakan  
  2. Dalam keadaan tertentu kelewatan pengurusan tidak dapat dielakkan bergantung kepada hal-hal penyelenggaraan. Tiada pengurangan bayaran bagi kelewatan daftar masuk. Kesabaran pelanggan amat dihargai dalam situasi sebegini. Pelanggan yang tiba melewati jam 5pm perlu menghubungi dan memaklumkan kelewatan mereka.Daftar masuk pada waktu yang lebih awal juga adalah berbayar. Sila hubungi 019-6877983 untuk maklumat lanjut.
  3. Tarif adalah berdasarkan keadaan, lokasi dan musim di mana maklumat boleh diperolehi di dalam laman web.Tarif yang dikenakan adalah berubah mengikut keadaan.
  4. Bayaran pendahuluan: Bayaran pendahuluan adalah sebanyak RM50 semalam adalah perlu bagi proses booking dan tiada pembayaran balik jika berlaku pembatalan. 
  5. Bayaran sewa: Bayaran akhir dibuat semasa daftar masuk secara tunai. 
  6. Bayaran balik atau diskaun tidak akan diberi kepada ketibaan lewat mahupun bagi pendaftaran keluar pada waktu yang lebih awal. 
  7. Polisi bencana: Jika berlaku banjir, ribut, kemudahan elektrik & air terputus ataupun sebarang kecemasan yang berkaitan, - Tasek Homestay tidak bertanggungjawab dalam tuntutan pembayaran balik. 
  8. Polisi kunci: Kunci unit akan diserahkan semasa daftar masuk dan perlu dikembalikan sewaktu daftar keluar. Caj RM 50 akan dikenakan jika gagal menyarahkan kunci tersebut semasa daftar keluar. Jika berlaku sebarang kesulitan sila berhubung melalui nomboer 019-6877983. 
  9. Penyalahgunaan dadah, arak dan aktiviti haram lain adalah dilarang.
  10. Jaminan kebersihan bagi keperluan penginapan yang berkualiti bagi pelanggan yang tiba untuk menginap dan akan dilakukan semula sebaik sahaja daftar keluar. Pelanggan adalah bertanggungjawab keatas kualiti kebersihan semasa tempoh penginapan dan unit perlu dalam keadaan yang baik semasa daftar keluar.
  11. Penginapan disediakan dengan plastik sampah dan cecair sabun. Alatan lain adalah di bawah tanggingjawab pengunjung. 
  12. Dilarang merokok di dalam premis ini. 
  13. Binatang peliharaan adalah dilarang sama sekali. Pihak pengurusan berhak untuk membatalkan tempahan penginapan anda dan charge RM 100 boleh dikenakan kerana melanggar larangan. 
  14. Kediaman yang disewa tidak disewa semula kepada pihak ketiga.
  15. Kecederaan yang dialami oleh pengunjung ketika menginap di kediaman ini adalah ditanggung oleh pengunjung itu sendiri. Pengunjung tidak boleh menuntut apa-apa ganti rugi daripada pihak pengurusan Tasek Homestay, ini termasuk ganti rugi kerosakan, kos, kehilangan dan perbelanjaan yang ditanggung sekiranya pengunjung mengalami kemalangan ke atas individu mahupun harta benda semasa pengunjung berada di dalam kawasan premis yang diami ini. 
  16. Tasek Homestay tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecurian ataupun vandalisme atau apa-apa kerosakan harta milik pengunjung ataupun harta peribadi yang tertinggal di premis ini. 
  17. Pengunjung mestilah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan rumah, alatan-alatan, perabot dan alatan elektrik yang terdapat didalam premis ini. 
  18. Polisi Jiran Yang Baik: Kami amat berharap pihak pengunjung dapat menghargai setiap kemudahan yang disediakan sepanjang tempoh penginapan anda di premis ini. Sila guna setiap kemudahan yang disediakan dengan baik dan meninggalkannya dalam keadaan yang baik sepertimana keadaan sebelumnya ketika mana anda daftar masuk. Pengunjung adalah dilarang membuat bising, dan apa-apa aktiviti yang berkaitan yang boleh menjejaskan ketenteraman kawasan kejiranan sekeliling. 
  19. Pembinaan: Sekiranya berlaku aktiviti pembinaan di sekitar kawasan premis semasa kunjungan anda ke Tasik Homestay, pihak pengurusan akan cuba dengan sedaya upaya untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat aktiviti tersebut. Namun begitu tiada bayaran balik kepada pengunjung akibat daripada aktiviti pembinaan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan. 
  20. Hubungi kami : Kami daripada pihak pengurusan Tasek Homestay berharap anda selesa sepanjang penginapan anda di premis ini. Jika perlukan bantuan sila hubungi kami ditalian 019-6877983 atau emelkan kepada zahirzawahir@gmail.com. Terima kasih kerana memilih Tasek Homestay. 

No comments:

Post a Comment