Pages

Tuesday, June 28, 2011

Zoo Melaka

Salam..entry kali ini kami ingin berkongsi maklumat tentang zoo yang agak terkenal di Malaysia selain daripada Zoo Negara dan Zoo Taiping iaitu Zoo Melaka. Zoo Melaka merupakan produk pelancongan yang paling mudah untuk dikunjungi. Lokasinya yang berhampiran dengan exit lebuh raya PLUS, Ayer Keroh menuju ke Bandar Melaka. Anda yang pertama kali mengunjungi Melaka setelah keluar dari exit Ayer Keroh, dalam jarak lebih kurang 1 km dari plaza tol anda akan menemui pintu hadapan Zoo Melaka yang terletak di sebelah kiri bahu jalan arah ke bandar Melaka. Kedatangan anda ke Zoo Melaka akan disambut oleh sekawan burung kakaktua yang berwarna warni yang pasti akan mengembirakan anak-anak anda. Dengan suasana redup dan nyaman dipayungi dengan pohon-pohon hutan hujan tropika. Jarak Zoo Melaka ke Tasek Homestay hanyalah lebih kurang 1 km. Semoga anda menikmati percutian anda di negeri bersejarah ini. Klik di sini untuk lebih gambar berkenaan dengan Zoo Melaka.

Melaka River Cruise





Melaka River Cruise adalah antara produk pelancongan yang paling menarik di Melaka. Kena cuba ni....Apa yang menarik adalah pengalaman menyusuri sungai Melaka dengan menaiki bot. Bot yang disediakan pula selesa dan boleh memuatkan satu angkatan pelancong yang pasti membuatkan perjalanannya meriah.

Perjalanan bot juga menghiburkan  dan bermaklumat sebab sepanjang perjalanan dari Taman Rempah melepasi Kampung Morten hingga ke Banda Hilir..kita akan dihidangkan dengan infomasi tentang tempat2 tadi yang disampaikan  oleh 'gadis pingitan Melaka' dengan suara lunak dan merdu menerusi sistem audio yang dipasang dalam bot. Menarik kan? pengunjung pun akan dibawa menyusuri sungai dan dihidangkan dengan pemandangan yang tak dapat dilupakan . 

Ohh...pengalaman malam dan siang berbeza tau! Malam , pengunjung akan pasti tertawan dengan lampu2 yang bergemerlapan. Ada banyak lampu yang menghiasi bangunan-bangunan lama di kiri dan kanan. Begitu juga dengan air pancuran  yang bergerak mengikut rentak  dan berirama menyajikan warna yang pelbagai ...begitu indah...pasti tak dapat dilupakan. Lukisan mural yang menceritakan sejarah Melaka juga satu kelainan yang mengagumkan. Nak tengok gambau lain? Klik sini..