Melaka River Cruise adalah antara produk pelancongan yang paling menarik di Melaka. Kena cuba ni....Apa yang menarik adalah pengalaman menyusuri sungai Melaka dengan menaiki bot. Bot yang disediakan pula selesa dan boleh memuatkan satu angkatan pelancong yang pasti membuatkan perjalanannya meriah.
Perjalanan bot juga menghiburkan dan bermaklumat sebab sepanjang perjalanan dari Taman Rempah melepasi Kampung Morten hingga ke Banda Hilir..kita akan dihidangkan dengan infomasi tentang tempat2 tadi yang disampaikan oleh 'gadis pingitan Melaka' dengan suara lunak dan merdu menerusi sistem audio yang dipasang dalam bot. Menarik kan? pengunjung pun akan dibawa menyusuri sungai dan dihidangkan dengan pemandangan yang tak dapat dilupakan .
Ohh...pengalaman malam dan siang berbeza tau! Malam , pengunjung akan pasti tertawan dengan lampu2 yang bergemerlapan. Ada banyak lampu yang menghiasi bangunan-bangunan lama di kiri dan kanan. Begitu juga dengan air pancuran yang bergerak mengikut rentak dan berirama menyajikan warna yang pelbagai ...begitu indah...pasti tak dapat dilupakan. Lukisan mural yang menceritakan sejarah Melaka juga satu kelainan yang mengagumkan. Nak tengok gambau lain? Klik sini..
No comments:
Post a Comment