Pages

Wednesday, November 4, 2015

Cik Ayu's Homestay

Assalammualaikum.
     
        Entry kali ini adalah untuk mempromosikan homestay kenalan yang berdekatan dengan homestay kami.

        Homestay ini dibina didalam rumah kedai di Taman Tasik Utama. Homestay ini terdapat dalam 2 aras iaitu aras bawah dan aras 1. Aras bawah menempatkan 3 bilik lengkap dengan sebuah katil queen dan peralatan asas serta set satu tv dan bilik air bagi setiap bilik. Penghawa dingin dipasang bagi setiap bilik.


        Bagi Aras 1, terdapat 4 bilik dan 1 ruang makan disediakan. Seperti Aras Bawah, 3 bilik yang terdapat pada aras ini merupakan bilik yang selesa yang dilengkapi dengan sebuah katil queen dan peralatan asas serta set satu tv dan bilik air bagi setiap bilik. Penghawa dingin dipasang bagi setiap bilik. Bilik keempat merupakan bilik yang mempunyai katil bujang, bilik air dan kemudahan kipas sahaja.

       
       Untuk mendapatkan harga dan maklumat terkini berkenaan dengan Cik Ayu's Homestay bolehlah berhubung terus dengan En Zainuddin Abdul Hamid ditalian 016-6354061

Semoga anda mepunyai lebih pilihan yang berpatutan sepanjang lawatan anda di Melaka.













Saturday, April 26, 2014

PROMOSI JERSI WORLD CUP 2014 GRED ORI

Salam. Sempena Piala Dunia 2014 anda berpeluang mendapatkan "Jersi World Cup 2014 Gred Ori" daripada kami dengan harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut klik jcgo2014. Anda juga boleh hubungi kami menggunakan whatapps di talian 0196877983.

Monday, October 24, 2011

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ......

yeayy!!!
Bersakit-sakit dahulu dan bersenang2 lah kemudian...kata pepatah mudah diucap tak semudah dilaksanakan. Begitulah agaknya yang dirasakan oleh graduan-graduan UTEM yang telah selamat menerima ijazah masing-masing . 

Perasaan mendapat segulung ijazah.....????...memang terkembang-kembang hati ini...he...he...yerlah ini berdasarkan pengalaman....kalau salah...mohon maaf yer....Walaubagaimana pun memang berbaloi lah segala pengorbanan dan harapan yang diletakkan dan dipertaruhkan....nie pun boleh lah dikatakan satu pertaruhan hidup. Kejayaan timbal balik ngan usaha. Tahniah diucapkan kepada graduan sarjanamuda, sarjana dan doktor falsafah yang telah berjaya. Pasti orang-orang yang tersayang disekeliling berbangga dengan kejayaan yang diperolehi....(ucapan ditujukan khas buat En. Zahirrudin Daud :))

Pesta konvokesyen di UTEM memang meriah....yerlah ahli keluarga yang hadir memang ramai memeriahkan majlis gilang gemilang ini. Jualan makanan, minuman, cenderamata, dan pebagai barangan yang menarik ada dijual. Jualan bunga juga laris nampaknya. Ada juga yang mengambil kesempatan menjual barangan komputer yang sememangnya memudahkan golongan pelajar untuk membeli keperluan pembelajaran mereka.

Di sini pihak Tasek Homestay juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pelanggan kami, En. Imran dan pasangannya yang hadir bagi sesi konvokesyen kali ini. Terima kasih kerana sudi bermalam di teratak kami dan semoga berjaya dalam kerjaya kalian dan berbahagia hendaknya. :)

Sunday, October 16, 2011

Majlis Perkahwinan.

Menjelang penghujung tahun nie memang dah jadi satu kebiasaan majlis perkahwinan yang berderet-deret nak dipenuhi jemputannya. Memang meriah majlis perkahwinan sekarang dalam erti kata yang berbeza berbanding dengan zaman dahulu. 

Kalau dulu memang biasanya ada malam berinai kecil dan besar....serta maulud ....memang tak cukup tangan nak siapkan semua perkara. Si pengantin pulak memang bagai raja sehari betullah. :) yerlah....sebab hari  berbahagia nie sekali seumur hidup. tuh yang nak buat terbaikkk...tuh. Bab memasak, serah pada jiran tetangga yang memang bersemangat bergotong- royong .Berkampung sebelum majlis nak dijalankan dah jadi kemestian. Kesimpulannya lauk memang mewah dengan peruntukan yang sedikit sekali pun. Saudara mara juga datang awal untuk membantu meringankan tugas.

Sekarang lain sikit....tetap mudah...sesuai dengan peredaran masa. Katering jadi pilihan. tapi jangan tak cukup lauk sudahh. Tapi pengantin sekarang posing lagi power :) banding dulu-dulu. yerlah...tetiba terasa macam ader talent jadi artis pulak...he...he...(kitorang dulu tak buat...sebab pemalu...) ohh...yer...lagi satu  buah tangan yang di bekalkan sekarang banyak variasinye....antara yang menarik....cd...yg kami pihak Tasek Homestay perolehi daripada pasangan pengantin baru Pn. Ayu dan pasangannya En Rudy semoga berbahagia hingga keanak cucu. Sampai sekarang alunan lagu2 nye masih kami nikmati:) sedap juga yer....he...he...Terima kasih

Kepada pasangan pengantin yang bakal melansungkan perkahwinan....semoga majlis kalian meriah dan ikatan diberkati selalu....kalu sudi singgah-singgahlah di Homestay kami....Tasek Homestay ...:)


Sunday, September 4, 2011

Terima kasih, sila datang lagi...

Salam aidilfitri buat semua pengunjung blog ini. Kesempatan ini kami dari pihak pengurusan Tasek Homestay ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Pn Maznah Mohd Hamidi sekeluarga dari Marang, Terengganu kerana sudi menginap di homestay kami. Kami juga ingin mengucapkan semoga berjaya kepada anak perempuan mereka yang akan meneruskan pengajian di Universiti Teknikal Melaka. Semoga kita akan berjumpa dilain masa.

Saturday, August 27, 2011

Menjelang Hari Raya....

Tak lama lagi umat islam akan menyambut Hari Raya setelah sebulan berpuasa. Eh...betul-batul tak lama lagi ni. Persiapan? ....kebanyakannya mengadakan segalanya secara sederhana. Baju anak-anak tambahlah sikit sebab dah hampir berjaya sebulan berpuasa. Agak mengagumkan sebab si adik baru 5 tahun. Apa-apa pun ibu dan ayah bersyukur dengan ketekunan si comel berdua ni. Baju ibu dan ayah?...sekadar membeli menang memakai hari bekerja nanti. 

Kuih muih semuanya tak di buat. Totally beli. Orang kerja kuat lah katakan... Cuma persiapan memasak rendang dan lemang memang pastinya meriah. Mana yang nak cari buluh. Buluh suai ker tidak dan berapa banyak nak di beli. Itu belum masuk nak cari daun pisang yang nak digunakan dalam buluh. Daun yang tua tak boleh. Pulut juga perlu dibeli dan direndam...perghhh...memang banyak benda yang perlu dibeli dan dicari. Kayu api juga kenalah ada. Ketupat?...memang dah lama tak anyam ketupat. Biasanya beli yang segera. tapi masih ada yang anyam sendiri ketupat. Ketupat daun lebih lama tahan banding ketupat segara yang direbus. Bab rendang pulak favournya ikut musim siapa yang balik. Tahun ni rendang daging yang menang. he..he.. Ada menu sampingan untuk menjadikan rendang daging semakin sedap dimakan dengan ketupat. Nak tau apa dia? Sambal udang dan kuah kacang. Huh..huh....sedap nyerrrr.

Buat juadah raya memang meriah walaupun penat.... time nie lah biasanya ader juru gambar bebas yang suka nak ambik post2 vogue. :) Memasak juadah biasa nya makan satu arie...tapi nak makan semua yang terhidang sekejap je dah sapan....betul tak?....:) 

Walaubagai manapun menjelangnya bulan syawal yang bakal menjelang ini dan Hari Raya yang bakal diraikan kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya maaf zahir dan batin buat pembaca blog kami dan terima kasih kepada anda yang ada mengunjungi Tasek Homestay  mahupun blog ini. Kunjungan dan sokongan anda amat kami hargai.:) Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.




Friday, August 19, 2011

Malaysia IT Fair.....


Meriahnye....memang tak pelik pun kalau anda join Malaysia IT Fair atau PC Fair  atau apa-apa saje yang berkaitan dengan IT di MITC Melaka.Fuhhh...ramainya orang tak dapat nak dinafikan.Memang tak menang tangan anda menyambut fliers yang dihulurkan. Tapi jangan risau anak-anak anda pasti jadi orang yang paling rajin ambil fliers-fliers free nie :)




Di sinilah segala keperluan yang berkaitan dengan komputer, printer, kamera, penggunaan jalur lebar dan pelbagai barangan yang berkaitan boleh anda perolehi dengan harga yang berpatutan. Pelbagai tawaran menarik daripada lambakan syarikat komputer yang pasti buat anda pening kepala nak fikir...tapi yang pasti memang murah.

Nak cari laptop baru yang memenuhi segala spec yang dicari?...kat sini memang sesuai...ada yang tawarkan beserta dengan free gift lagik...barang free...kan...siapa yang tak nak...Tapi kenalah beringat bila membeli....betul tak? Rasanya nyer semua brand yang besar ada kat sini macam Altec Lansing,Asus, Canon, Compaq, Dell, HP, Lenovo, LG, Logitech,Olympus, Samsung,Sonic Gear, Sony and Toshiba. Kalau zaman belajar dulu kita sumerkene pergi berduyun-duyun ke PWTC KL(sbb masa tuh xde pc fair kat Melaka nih...)Tetapi sekarang tidak lagi...heh..heh..setahun ada lebih 2 kali event2 camnih! Satu lgkebanggaan rakyat Melaka..takyah gi jauh-jauh...tapi ingat, jadilah pengguna bijak!

Agak-agak nak gi PC Fair nih nanti boleh ler singgah homestay kami...dekat jer dengan MITC nih...jalan kaki pon leh sampai..BYE!