Pages

Saturday, August 13, 2011

Bazar Ramadhan Taman Cempaka

Kalau dah namanya bulan puasa, tak adalah tempat yang paling best lagi selain daripada Bazar Ramadhan. Pergi pun kenalah time yang paling best sekali...pukul 6 petang . Sebab nak manapak tengok gerai kalahkan penguatkuasa...jer..dah dekat satu jam, belum tenung kuih lagi. 

Dah menjadi kelaziman setiap kali tiba bulan puasa, Bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa menjadi tumpuan orang ramai daripada masyarakat berbilang kaum. Di Melaka ini sahaja ada banyak bazar. Tapi antara yang paling happening , Bazar Ramadhan Taman Cempaka dan Bazar Ramadhan Masjid Tanah. Memang banyak gerai dan macam-macam ada....

Bazar Ramadhan Taman Cempaka memang cukup dikenali pada bulan Ramadhan. Terletak di lokasi yang strategik iaitu berhadapan Melaka Sentral memang menjadi keistimewaan kepada para penjaja di negeri Melaka. Antara makanan yang dijual ialah nasi ayam, laksa, ayam percik, ikan bakar, pelbagai aneka bubur, murtabak, popia, mee goreng, roti John, burger, kuih-muih, nasi campur, sate dan sebagainya.Turut dijual pelbagai jenis minuman panas dan sejuk seperti air tembikai, teh, milo, air kelapa laut, soya, laici, longan, cendol dan lain-lain lagi. Sebenarnya kuih yang tak pernah kita tengok pun boleh jumpa di sini.

Uniknya Pasar Ramadan di Taman Cempaka yang terletak berhampiran pasar raya Tesco dan Melaka Sentral kerana terdapat dua sesi perniagaan di situ. Pada sebelah siang, peniaga menjual pelbagai jenis juadah berbuka puasa tetapi pada sebelah malam pula giliran peniaga lain pula menjual keperluan menyambut Aidilfitri. Dengan kata lain kalau dah berjalan shopping di Tesco dan Jusco Melaka pasti semua orang dah penat nak masak di rumah....jadi apa kata kita beli sahaja juadah di Bazar Ramadhan Taman Cempaka....senang aje kan...

No comments:

Post a Comment