Pages

Monday, October 24, 2011

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ......

yeayy!!!
Bersakit-sakit dahulu dan bersenang2 lah kemudian...kata pepatah mudah diucap tak semudah dilaksanakan. Begitulah agaknya yang dirasakan oleh graduan-graduan UTEM yang telah selamat menerima ijazah masing-masing . 

Perasaan mendapat segulung ijazah.....????...memang terkembang-kembang hati ini...he...he...yerlah ini berdasarkan pengalaman....kalau salah...mohon maaf yer....Walaubagaimana pun memang berbaloi lah segala pengorbanan dan harapan yang diletakkan dan dipertaruhkan....nie pun boleh lah dikatakan satu pertaruhan hidup. Kejayaan timbal balik ngan usaha. Tahniah diucapkan kepada graduan sarjanamuda, sarjana dan doktor falsafah yang telah berjaya. Pasti orang-orang yang tersayang disekeliling berbangga dengan kejayaan yang diperolehi....(ucapan ditujukan khas buat En. Zahirrudin Daud :))

Pesta konvokesyen di UTEM memang meriah....yerlah ahli keluarga yang hadir memang ramai memeriahkan majlis gilang gemilang ini. Jualan makanan, minuman, cenderamata, dan pebagai barangan yang menarik ada dijual. Jualan bunga juga laris nampaknya. Ada juga yang mengambil kesempatan menjual barangan komputer yang sememangnya memudahkan golongan pelajar untuk membeli keperluan pembelajaran mereka.

Di sini pihak Tasek Homestay juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pelanggan kami, En. Imran dan pasangannya yang hadir bagi sesi konvokesyen kali ini. Terima kasih kerana sudi bermalam di teratak kami dan semoga berjaya dalam kerjaya kalian dan berbahagia hendaknya. :)

Sunday, October 16, 2011

Majlis Perkahwinan.

Menjelang penghujung tahun nie memang dah jadi satu kebiasaan majlis perkahwinan yang berderet-deret nak dipenuhi jemputannya. Memang meriah majlis perkahwinan sekarang dalam erti kata yang berbeza berbanding dengan zaman dahulu. 

Kalau dulu memang biasanya ada malam berinai kecil dan besar....serta maulud ....memang tak cukup tangan nak siapkan semua perkara. Si pengantin pulak memang bagai raja sehari betullah. :) yerlah....sebab hari  berbahagia nie sekali seumur hidup. tuh yang nak buat terbaikkk...tuh. Bab memasak, serah pada jiran tetangga yang memang bersemangat bergotong- royong .Berkampung sebelum majlis nak dijalankan dah jadi kemestian. Kesimpulannya lauk memang mewah dengan peruntukan yang sedikit sekali pun. Saudara mara juga datang awal untuk membantu meringankan tugas.

Sekarang lain sikit....tetap mudah...sesuai dengan peredaran masa. Katering jadi pilihan. tapi jangan tak cukup lauk sudahh. Tapi pengantin sekarang posing lagi power :) banding dulu-dulu. yerlah...tetiba terasa macam ader talent jadi artis pulak...he...he...(kitorang dulu tak buat...sebab pemalu...) ohh...yer...lagi satu  buah tangan yang di bekalkan sekarang banyak variasinye....antara yang menarik....cd...yg kami pihak Tasek Homestay perolehi daripada pasangan pengantin baru Pn. Ayu dan pasangannya En Rudy semoga berbahagia hingga keanak cucu. Sampai sekarang alunan lagu2 nye masih kami nikmati:) sedap juga yer....he...he...Terima kasih

Kepada pasangan pengantin yang bakal melansungkan perkahwinan....semoga majlis kalian meriah dan ikatan diberkati selalu....kalu sudi singgah-singgahlah di Homestay kami....Tasek Homestay ...:)


Sunday, September 4, 2011

Terima kasih, sila datang lagi...

Salam aidilfitri buat semua pengunjung blog ini. Kesempatan ini kami dari pihak pengurusan Tasek Homestay ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Pn Maznah Mohd Hamidi sekeluarga dari Marang, Terengganu kerana sudi menginap di homestay kami. Kami juga ingin mengucapkan semoga berjaya kepada anak perempuan mereka yang akan meneruskan pengajian di Universiti Teknikal Melaka. Semoga kita akan berjumpa dilain masa.

Saturday, August 27, 2011

Menjelang Hari Raya....

Tak lama lagi umat islam akan menyambut Hari Raya setelah sebulan berpuasa. Eh...betul-batul tak lama lagi ni. Persiapan? ....kebanyakannya mengadakan segalanya secara sederhana. Baju anak-anak tambahlah sikit sebab dah hampir berjaya sebulan berpuasa. Agak mengagumkan sebab si adik baru 5 tahun. Apa-apa pun ibu dan ayah bersyukur dengan ketekunan si comel berdua ni. Baju ibu dan ayah?...sekadar membeli menang memakai hari bekerja nanti. 

Kuih muih semuanya tak di buat. Totally beli. Orang kerja kuat lah katakan... Cuma persiapan memasak rendang dan lemang memang pastinya meriah. Mana yang nak cari buluh. Buluh suai ker tidak dan berapa banyak nak di beli. Itu belum masuk nak cari daun pisang yang nak digunakan dalam buluh. Daun yang tua tak boleh. Pulut juga perlu dibeli dan direndam...perghhh...memang banyak benda yang perlu dibeli dan dicari. Kayu api juga kenalah ada. Ketupat?...memang dah lama tak anyam ketupat. Biasanya beli yang segera. tapi masih ada yang anyam sendiri ketupat. Ketupat daun lebih lama tahan banding ketupat segara yang direbus. Bab rendang pulak favournya ikut musim siapa yang balik. Tahun ni rendang daging yang menang. he..he.. Ada menu sampingan untuk menjadikan rendang daging semakin sedap dimakan dengan ketupat. Nak tau apa dia? Sambal udang dan kuah kacang. Huh..huh....sedap nyerrrr.

Buat juadah raya memang meriah walaupun penat.... time nie lah biasanya ader juru gambar bebas yang suka nak ambik post2 vogue. :) Memasak juadah biasa nya makan satu arie...tapi nak makan semua yang terhidang sekejap je dah sapan....betul tak?....:) 

Walaubagai manapun menjelangnya bulan syawal yang bakal menjelang ini dan Hari Raya yang bakal diraikan kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya maaf zahir dan batin buat pembaca blog kami dan terima kasih kepada anda yang ada mengunjungi Tasek Homestay  mahupun blog ini. Kunjungan dan sokongan anda amat kami hargai.:) Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.




Friday, August 19, 2011

Malaysia IT Fair.....


Meriahnye....memang tak pelik pun kalau anda join Malaysia IT Fair atau PC Fair  atau apa-apa saje yang berkaitan dengan IT di MITC Melaka.Fuhhh...ramainya orang tak dapat nak dinafikan.Memang tak menang tangan anda menyambut fliers yang dihulurkan. Tapi jangan risau anak-anak anda pasti jadi orang yang paling rajin ambil fliers-fliers free nie :)




Di sinilah segala keperluan yang berkaitan dengan komputer, printer, kamera, penggunaan jalur lebar dan pelbagai barangan yang berkaitan boleh anda perolehi dengan harga yang berpatutan. Pelbagai tawaran menarik daripada lambakan syarikat komputer yang pasti buat anda pening kepala nak fikir...tapi yang pasti memang murah.

Nak cari laptop baru yang memenuhi segala spec yang dicari?...kat sini memang sesuai...ada yang tawarkan beserta dengan free gift lagik...barang free...kan...siapa yang tak nak...Tapi kenalah beringat bila membeli....betul tak? Rasanya nyer semua brand yang besar ada kat sini macam Altec Lansing,Asus, Canon, Compaq, Dell, HP, Lenovo, LG, Logitech,Olympus, Samsung,Sonic Gear, Sony and Toshiba. Kalau zaman belajar dulu kita sumerkene pergi berduyun-duyun ke PWTC KL(sbb masa tuh xde pc fair kat Melaka nih...)Tetapi sekarang tidak lagi...heh..heh..setahun ada lebih 2 kali event2 camnih! Satu lgkebanggaan rakyat Melaka..takyah gi jauh-jauh...tapi ingat, jadilah pengguna bijak!

Agak-agak nak gi PC Fair nih nanti boleh ler singgah homestay kami...dekat jer dengan MITC nih...jalan kaki pon leh sampai..BYE!












Monday, August 15, 2011

burung layang-layang ?....

he..he... bukan burung layang-layang tapi main layang-layang la...Main layang-layang ni, bukan budak-budak jer suka, mak ayah yang lebih. Nak tengok tempat meriah main layang-layang ?...nah jgn lupa pergi ke Marina Melaka atau Marina Bay.. 

Tempat ni letaknya memang tepi highway laluan pantai berdekatan dengan tapak Eye On Melaka yang telah dirobohkan. Lokasinya sangat menarik dan dipenuhi oleh orang ramai untuk bermain layang-layang. Muda tua, mak budak bapak budak semuanya yang meminati layang-layang pasti tak rugi bertapa kat situ.…angin yang sangat kuat memang sesuai sangatlah.



Layang-layang ? tak payah bawa dari rumah....beli jer...banyak pilihan dan beraneka corak dan warna. Harga juga berpatutan. kalau nak yang besar duit mesti besar lah kan. Best!!!.....bila tengok layang-layang kita terbang tinggi...layannnnn....nak cuba? Jom kita kesana......

Saturday, August 13, 2011

Bazar Ramadhan Taman Cempaka

Kalau dah namanya bulan puasa, tak adalah tempat yang paling best lagi selain daripada Bazar Ramadhan. Pergi pun kenalah time yang paling best sekali...pukul 6 petang . Sebab nak manapak tengok gerai kalahkan penguatkuasa...jer..dah dekat satu jam, belum tenung kuih lagi. 

Dah menjadi kelaziman setiap kali tiba bulan puasa, Bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa menjadi tumpuan orang ramai daripada masyarakat berbilang kaum. Di Melaka ini sahaja ada banyak bazar. Tapi antara yang paling happening , Bazar Ramadhan Taman Cempaka dan Bazar Ramadhan Masjid Tanah. Memang banyak gerai dan macam-macam ada....

Bazar Ramadhan Taman Cempaka memang cukup dikenali pada bulan Ramadhan. Terletak di lokasi yang strategik iaitu berhadapan Melaka Sentral memang menjadi keistimewaan kepada para penjaja di negeri Melaka. Antara makanan yang dijual ialah nasi ayam, laksa, ayam percik, ikan bakar, pelbagai aneka bubur, murtabak, popia, mee goreng, roti John, burger, kuih-muih, nasi campur, sate dan sebagainya.Turut dijual pelbagai jenis minuman panas dan sejuk seperti air tembikai, teh, milo, air kelapa laut, soya, laici, longan, cendol dan lain-lain lagi. Sebenarnya kuih yang tak pernah kita tengok pun boleh jumpa di sini.

Uniknya Pasar Ramadan di Taman Cempaka yang terletak berhampiran pasar raya Tesco dan Melaka Sentral kerana terdapat dua sesi perniagaan di situ. Pada sebelah siang, peniaga menjual pelbagai jenis juadah berbuka puasa tetapi pada sebelah malam pula giliran peniaga lain pula menjual keperluan menyambut Aidilfitri. Dengan kata lain kalau dah berjalan shopping di Tesco dan Jusco Melaka pasti semua orang dah penat nak masak di rumah....jadi apa kata kita beli sahaja juadah di Bazar Ramadhan Taman Cempaka....senang aje kan...

Friday, August 5, 2011

Makan- makan di Melaka.

Bagi mereka yang gemar makan-makan, Melaka adalah satu destinasi yang kaya dengan kepelbagaian. Kalau sampai ke Melaka, of course la trademark untuk makan-makan adalah asam pedas . Memang ada rasa dan memang sedap. Asam pedas yang sedap  di  Asam Pedas Power Abg Piee di Jalan Puteri Hang Li Poh, Bukit Cina. Memang sedap sampai menjilat jari dan berasap-asap telinga. Ehmmm...dah namanya asam pedas mestilah pedas kan.

Makan malam yang sedap pasti ikan bakar di Anjung Batu. Biasanya pengunjung disajikan dengan nasi lemak yang dimakan bersama-sama ikan bakar. Lagi satu tempat ikan bakar ada di Umbai dan kalau di muara pula Muara Sungai Duyung - Alai. Ikan bakar kat sana best jugak. yang pasti pergilah pada hari weekdays. Taklah ramai sangat orang. Pergi sebelum maghrib barulah dapat 'book' tempat yang selesa. Selain daripada itu  Ikan Bakar Malim ada juga menyediakan ikan bakar yang sedap.


Coconut shake kat jalan klebang tu pun katanya sedap...pada siapa yang sukakan kelainan.
setiap kali lalu jek.. mesti que panjang.. memang sedap..tambah-tambah kalau yang special..ada ice-cream. Kalau nak cari nasi beriani gam pula di Lot 85 ( depan maktab) pon ok. Selain daripada tu, kari kepala ikan dan asam pedas dia pun sedap.

Bagi yang gemarkan tomyam pula Tomyam Klasik yang terletak di sungai putat berdekatan dengan IPD Melaka tengah tu satu destinasi yang menarik juga. Restoran ini di bina di atas air. Jadi sambil makan, sambil menikmati pemandangan ikan yang berenang-renang. ohhh..ye, kura-kura pun ada juga. dengan kata lain amat selesa jika berkunjung dengan keluarga sebab adanya ruang yang santai , boleh makan sambil bersila. Walaubagaimanapun ruang tersebut agak terhad.


Pernah makan Yong Tau Foo versi Melaka?... best sebab versinya macam mi sup juga. Terpulang pada kita untuk makan dengan mi hoon , mi kuning atau kuey tiau dimakan dengan bahan-bahan wajib Yong Tau Foo. Ada disertakan sosnya yang tentunya beri satu kelainan ....sedappp. Tempatnya di Medan Selera , Pantai Puteri , Tanjung Kling Melaka. Tempat ni memang ramai orang la... tapi memang best. Banyak sebenarnya makanan yang sedap-sedap di Melaka . Banyak yang boleh dirasa...apa tunggu lagi...mai...lah ke Melaka.

mari-mari 'shopping'

Shopping di Melaka?...wow...memang heaven. Lagi-lagi bagi mereka yang gemar window shopping dulu.Ye..lah, bila dah berkenan baru lah nak beli. betul tak? Lebih-lebih lagi Hari Raya yang bakal menjelang setelah berpuasa sebulan .Baju serta keperluan lain yang perlu dibeli untuk memeriahkan Hari Raya yang akan tiba pasti membuatkan anda teruja membeli belah. Bagi anda yang baru mencecahkan kaki ke Melaka, inilah negeri yang kecil tetapi merupakan syurga membeli belah. Manakan tidak, baru jalan 2-3 km dah jumpa lagi pasaraya. Pasaraya yang bagai cendawan tumbuh ini merancakkan pesta beli belah di Melaka. Kalau di lihat warga Singapura yang jauh tu pun sanggup datang ke sini. Pasti seronok....

ok...apa kata kita pergi ke Tesco dahulu. Tesco Cheng dan Tesco  Bandar Melaka. Kedua-duanya dekat walaupun di mana anda berada dengan adanya lebuh raya AMJ. Kalau keperluan makanan yang nak dicari bolehlah anda berkunjung ke Tesco.Baju raya kanak-kanak pun apa kurangnya.... harga..amat berpatutan. Ohhh...macamana pula kalu nak cari baju yang trendy?...he..he..apa lagi, terdapat Jusco Bandar Melaka dan juga Jusco Ayer Keroh. Mana yang best?..ehmmm nak cari pilihan baju yang pelbagai? Anda pasti berpuas hati pergi ke Jusco Bandar Melaka. Baju kurung yang menarik dengan harga yang murah mesti menarik perhatian anda.  Di Melaka juga ada Pasaraya Mydin. hah...mesti semua orang suka beli barang di Mydin kan. Oh..untuk baju melayu kanak-kanak beli di sana pun bagus juga. Pelbagai brooch yang menarik dijual berasingan mahupun yang dijual secara bundle amat berbaloi untuk dibeli. Mydin yang terbesar di Ayer Keroh terletak berdekatan dengan MITC Melaka. Food courtnya juga bersih dan sangat selesa. Dua lagi Mydin ada berhampiran bersebelahan dengan Melaka Sentral. Best kan? Kalau anda berada di Banda Hilir pula boleh lah membeli belah di Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan yang menjanjikan pembelian terbaik dan menawarkan pelbagai kraftangan terbaik Melaka. Pasaraya ini berada sekitar kawasan bersejarah di Banda Hilir. Anda boleh melawat tempat bersejarah dan tidak rugi jika kita berbelanja di sini. Yang pasti anak-anak anda pasti berseronok bercuti di Melaka. 

Nak berbuka di mana? Pelbagai pilihan destinasi makanan boleh dicari. Boleh dikatakan semua fast food kegemaran anak anda pasti ada di sini. Mudah kan?..:)

Sunday, July 31, 2011

Terima Kasih...

Pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf U PLUS MIND yang telah menginap di Tasek Homestay pada 30 Julai 2011 yang lalu. U PLUS MIND merupakan pengunjung kami yang pertama. Semoga anda selesa sepanjang penginapan anda di sini. Terima kasih untuk En Mikail, En Aznal Hafizi dan semua staff.

Terma Dan Syarat Tasek Homestay

  1. Masa untuk daftar masuk adalah selepas pukul 2.00pm . Manakala masa bagi daftar keluar adalah tepat pukul 12.00pm. Jika daftar keluar melewati 12.01pm pembayaran sebanyak RM50 dikenakan sebagai bayaran surcaj manakala waktu keluar yang melewati pukul 1.00pm pula bayaran penuh penginapan satu malam dikenakan  
  2. Dalam keadaan tertentu kelewatan pengurusan tidak dapat dielakkan bergantung kepada hal-hal penyelenggaraan. Tiada pengurangan bayaran bagi kelewatan daftar masuk. Kesabaran pelanggan amat dihargai dalam situasi sebegini. Pelanggan yang tiba melewati jam 5pm perlu menghubungi dan memaklumkan kelewatan mereka.Daftar masuk pada waktu yang lebih awal juga adalah berbayar. Sila hubungi 019-6877983 untuk maklumat lanjut.
  3. Tarif adalah berdasarkan keadaan, lokasi dan musim di mana maklumat boleh diperolehi di dalam laman web.Tarif yang dikenakan adalah berubah mengikut keadaan.
  4. Bayaran pendahuluan: Bayaran pendahuluan adalah sebanyak RM50 semalam adalah perlu bagi proses booking dan tiada pembayaran balik jika berlaku pembatalan. 
  5. Bayaran sewa: Bayaran akhir dibuat semasa daftar masuk secara tunai. 
  6. Bayaran balik atau diskaun tidak akan diberi kepada ketibaan lewat mahupun bagi pendaftaran keluar pada waktu yang lebih awal. 
  7. Polisi bencana: Jika berlaku banjir, ribut, kemudahan elektrik & air terputus ataupun sebarang kecemasan yang berkaitan, - Tasek Homestay tidak bertanggungjawab dalam tuntutan pembayaran balik. 
  8. Polisi kunci: Kunci unit akan diserahkan semasa daftar masuk dan perlu dikembalikan sewaktu daftar keluar. Caj RM 50 akan dikenakan jika gagal menyarahkan kunci tersebut semasa daftar keluar. Jika berlaku sebarang kesulitan sila berhubung melalui nomboer 019-6877983. 
  9. Penyalahgunaan dadah, arak dan aktiviti haram lain adalah dilarang.
  10. Jaminan kebersihan bagi keperluan penginapan yang berkualiti bagi pelanggan yang tiba untuk menginap dan akan dilakukan semula sebaik sahaja daftar keluar. Pelanggan adalah bertanggungjawab keatas kualiti kebersihan semasa tempoh penginapan dan unit perlu dalam keadaan yang baik semasa daftar keluar.
  11. Penginapan disediakan dengan plastik sampah dan cecair sabun. Alatan lain adalah di bawah tanggingjawab pengunjung. 
  12. Dilarang merokok di dalam premis ini. 
  13. Binatang peliharaan adalah dilarang sama sekali. Pihak pengurusan berhak untuk membatalkan tempahan penginapan anda dan charge RM 100 boleh dikenakan kerana melanggar larangan. 
  14. Kediaman yang disewa tidak disewa semula kepada pihak ketiga.
  15. Kecederaan yang dialami oleh pengunjung ketika menginap di kediaman ini adalah ditanggung oleh pengunjung itu sendiri. Pengunjung tidak boleh menuntut apa-apa ganti rugi daripada pihak pengurusan Tasek Homestay, ini termasuk ganti rugi kerosakan, kos, kehilangan dan perbelanjaan yang ditanggung sekiranya pengunjung mengalami kemalangan ke atas individu mahupun harta benda semasa pengunjung berada di dalam kawasan premis yang diami ini. 
  16. Tasek Homestay tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecurian ataupun vandalisme atau apa-apa kerosakan harta milik pengunjung ataupun harta peribadi yang tertinggal di premis ini. 
  17. Pengunjung mestilah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan rumah, alatan-alatan, perabot dan alatan elektrik yang terdapat didalam premis ini. 
  18. Polisi Jiran Yang Baik: Kami amat berharap pihak pengunjung dapat menghargai setiap kemudahan yang disediakan sepanjang tempoh penginapan anda di premis ini. Sila guna setiap kemudahan yang disediakan dengan baik dan meninggalkannya dalam keadaan yang baik sepertimana keadaan sebelumnya ketika mana anda daftar masuk. Pengunjung adalah dilarang membuat bising, dan apa-apa aktiviti yang berkaitan yang boleh menjejaskan ketenteraman kawasan kejiranan sekeliling. 
  19. Pembinaan: Sekiranya berlaku aktiviti pembinaan di sekitar kawasan premis semasa kunjungan anda ke Tasik Homestay, pihak pengurusan akan cuba dengan sedaya upaya untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat aktiviti tersebut. Namun begitu tiada bayaran balik kepada pengunjung akibat daripada aktiviti pembinaan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan. 
  20. Hubungi kami : Kami daripada pihak pengurusan Tasek Homestay berharap anda selesa sepanjang penginapan anda di premis ini. Jika perlukan bantuan sila hubungi kami ditalian 019-6877983 atau emelkan kepada zahirzawahir@gmail.com. Terima kasih kerana memilih Tasek Homestay. 

Saturday, July 30, 2011

Kini Anda Boleh Terbang Ke Melaka....

Ini berita yang baru saya baca dari tourism-melaka.blogspot.com, Melaka International Airport akhirnya akan mula menerima pelancong melalui lapangan terbangnya. Terima kasih kepada Firefly sbb sudi untuk beroperasi dari negeri bersejarah ini. Menurut tourism-melaka.blogspot.com, 

Firefly entered a collaboration with Melaka Air today to provide air services out of Melaka International Airport from November 11, 2011.

The agreement was signed on behalf of Firefly by its Managing Director, Dato’ Eddy Leong and Melaka Air CEO, Sharabudin Kudus, witnessed by Melaka Chief Minister, Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

The agreement paves the way for Firefly to station an ATR72-500 aircraft in Melaka and mount new flights out of the historical city of Melaka to Batam, Pekanbaru and Medan in Indonesia and from Melaka to Penang and Kota Bahru in Malaysia.
Ini bermaksud Firefly akan memulakan servisnya bermula pada 11/11/11 (Melaka memang suka nombor2 camnih!...). Yang paling mengujakan penerbangan Firefly tidak hanya tertumpu pada destinasi Indonesia seperti Batam, Pekanbaru dan Medan, tetapi ianya juga melibatkan destinasi tempatan iaitu Pulau Pinang dan Kota Bharu! Sekalung tahniah kepada kerajaan negeri yang berjaya merealisasikan harapan rakyat Melaka untuk melihat satu lagi fasiliti bertaraf antarabangsa berfungsi dengan jayanya dan tidak sekadar projek gajah putih. Semoga dengan ini Melaka akan menerima lebih ramai pelancong samada dari luar negara mahu pun pelancong tempatan seterusnya dapat meningkatkan lagi taraf ekonomi masyarakat setempat.

Ticket sales from Melaka to Kota Bahru and Penang will be available from tomorrow. Online purchases can be made from Firefly’s website (www.fireflyz.com.my), from travel agents and from Firefly’s booth at MATTA Fair Melaka, from July 29 to 31.
So untuk pengunjung yang berminat bolehlah mula membuat tempahan di www.fireflyz.com.my.

Monday, July 25, 2011

Tasek Homestay

Tasek Homestay terletak dalam kawasan yang strategik diantara plaza tol Ayer Keroh dan juga bandar Melaka. Tasek Homestay merupakan unit rumah teres milik kami sendiri. Dengan lokasi rumah ini yang dikelilingi dengan fasiliti yang terbaik di Melaka , seperti Melaka International Trade Center (MITC) , Planetarium Melaka, pasaraya MYDIN, Pusat Boling Antarabangsa Melaka , rumah ini amat sesuai untuk anda menginap sepanjang anda berada di negeri bersejarah ini. Selain fasiliti yang terbaik ,Tasek Homestay juga berhampiran dengan produk2 pelancongan yang terkenal di Melaka terutamanya Zoo Melaka, Taman Buaya dan yang terbaru, Melaka Wonderland Theme Park. Tasek Homestay menyediakan ruangan tempat kenderaan yang boleh memuatkan 2 biji kereta dan juga 3 bilik tidur yg boleh memuatkan minimum 7 orang pengunjung pada satu masa. Jadi apa lagi jangan lupa untuk menginap di Tasek Homestay apabila mengunjungi Melaka nanti! Kadar semalam adalah amat berpatutan iaitu rm100. Untuk keterangan lanjut hubungi En. Zahir di talian 019-6877983.Klik sini untuk ke galeri Tasek Homestay.




View Tasek Homestay in a larger map
>

Sunday, July 24, 2011

Tuesday, June 28, 2011

Zoo Melaka

Salam..entry kali ini kami ingin berkongsi maklumat tentang zoo yang agak terkenal di Malaysia selain daripada Zoo Negara dan Zoo Taiping iaitu Zoo Melaka. Zoo Melaka merupakan produk pelancongan yang paling mudah untuk dikunjungi. Lokasinya yang berhampiran dengan exit lebuh raya PLUS, Ayer Keroh menuju ke Bandar Melaka. Anda yang pertama kali mengunjungi Melaka setelah keluar dari exit Ayer Keroh, dalam jarak lebih kurang 1 km dari plaza tol anda akan menemui pintu hadapan Zoo Melaka yang terletak di sebelah kiri bahu jalan arah ke bandar Melaka. Kedatangan anda ke Zoo Melaka akan disambut oleh sekawan burung kakaktua yang berwarna warni yang pasti akan mengembirakan anak-anak anda. Dengan suasana redup dan nyaman dipayungi dengan pohon-pohon hutan hujan tropika. Jarak Zoo Melaka ke Tasek Homestay hanyalah lebih kurang 1 km. Semoga anda menikmati percutian anda di negeri bersejarah ini. Klik di sini untuk lebih gambar berkenaan dengan Zoo Melaka.

Melaka River Cruise





Melaka River Cruise adalah antara produk pelancongan yang paling menarik di Melaka. Kena cuba ni....Apa yang menarik adalah pengalaman menyusuri sungai Melaka dengan menaiki bot. Bot yang disediakan pula selesa dan boleh memuatkan satu angkatan pelancong yang pasti membuatkan perjalanannya meriah.

Perjalanan bot juga menghiburkan  dan bermaklumat sebab sepanjang perjalanan dari Taman Rempah melepasi Kampung Morten hingga ke Banda Hilir..kita akan dihidangkan dengan infomasi tentang tempat2 tadi yang disampaikan  oleh 'gadis pingitan Melaka' dengan suara lunak dan merdu menerusi sistem audio yang dipasang dalam bot. Menarik kan? pengunjung pun akan dibawa menyusuri sungai dan dihidangkan dengan pemandangan yang tak dapat dilupakan . 

Ohh...pengalaman malam dan siang berbeza tau! Malam , pengunjung akan pasti tertawan dengan lampu2 yang bergemerlapan. Ada banyak lampu yang menghiasi bangunan-bangunan lama di kiri dan kanan. Begitu juga dengan air pancuran  yang bergerak mengikut rentak  dan berirama menyajikan warna yang pelbagai ...begitu indah...pasti tak dapat dilupakan. Lukisan mural yang menceritakan sejarah Melaka juga satu kelainan yang mengagumkan. Nak tengok gambau lain? Klik sini..